SUFI

Monday, March 29, 2010

Sepanjang 2010

Semalam hujan turun membasahi bumi Kelantan...sejuk nyaman. Sudah hampir 3 hari hujan turun menyirami bumi. Begitulah Rahmat Allah buat manusia.
Hari ini terpanggil diri ini mencoret sesuatu pada lembaran blog ini, bukanlah sesuatu yang istimewa tapi sekasar mengisi sisa hidup yang berlalu agar tidak pergi sia-sia.

17 tahun yang lalu, aku adalah seorang remaja yang bersemangat...tiada apa yang perlu digentarkan. Rebellious, itulah sifat yang sesuai untuk diriku saat itu. Saat dibangku sekolah adalah saat-saat yang amat indah. Tika itu aku tidak perlu dibebani dengan perkara-perkara besar. apa yang ada diminda saat itu hanyalah, ceria bersama teman-teman. Belajar, berkawan, bergurau, "happy-happy all the time..."

Bila umurku mencecah 18 tahun, aku menjejakkan kaki ku ke menara gading. Disitu aku mula menguakkan sayap kedewasaanku... Ku mengenal erti setiakawan, merasa betapa benarnya sebuah kata "Cinta tak bisa dipaksa", mengenal erti tanggungjawab terhadap diri n keluarga.

Setelah aku menjejakkan kaki ke dunia kerjaya, aku kehilangan orang yang kusayangi...bapaku meninggal dunia setelah lebih 20 tahun melawan diabetes. Abah tidak pernah dapat menimang cucu pertamanya (anak kakakku), malah abah belum sempat menerima menantu barunya (isteriku). Abah tak pernah sempat merasa hasil susah payahnya menjaga dan mendidik kami. Bila aku lihat Avanza ku, aku terkilan kerana aku tidak akan dapat lagi membawa abah meronda-ronda didalam mobil anak jantan sulungnya. Bila ku tenung wajah-wajah comel anak-anakku,aku sayu kerana mereka tidak pernah "tok abah", apatah lagi ditimangnya. Abah meninggalkan ku disaat aku belum sepenuhnya bersedia memikul amanah sebagai 'bapa' kepada adik-adikku yang seramai 8 orang. Saat itu aku merasa amat takut. Takut kalau-kalau aku tidak mampu menjadi pengganti abah, sedang ketika itu lima dari adikku masih bersekolah, dan seorang menuntut di UPSI. Pada masa yang sama aku akan menjadi seorang suami. Peritku rasakan ketika itu. Syukur aku di anugerahi seorang suri yang begitu berbudi luhur. Seakan tulang belikatku dia menyokong ku, membantu, meniupkan semangatku. Akhirnya aku berjaya membantu ibuku membesarkan adik-adikku. Aku menjadi wali pernikahan adik perempuanku, membantu adikku yang kelima menyambung pelajarannya di UITM.

Sujud syukur pada Allah atas segala nikmatNya...
Aku kini mengalami proses rejuvanasi...dari segi semangat. Kini aku tidak gentar pada cabaran. Walaupun aku terpaksa melawan penyakit yang membunuh abah ku...inilah sebuah kehidupan...seorang "AKU"

0 comments: