SUFI

Saturday, April 3, 2010

Bendi & Terung Goreng Pedas

Pejam celik, pejam celik sudah hampir 6 tahun usia perkahwinan ku. 6 tahun hanya suatu kiraan waktu yang teramat mentah kalau memperkatakan soal pengalaman rumahtangga. Namun usia 6 thn juga merupakan suatu janka masa yang banyak memberiku pengalaman dan pengajaran. Dalam usia sesingkat itu banyak pengalaman pahit manis yang kami tempuh bersama. pengalaman yang menjadikan kami semakin matang dan mengerti menghargai antara satu sama lain. Dalam usia 6 tahun kami belajar membina sebuah bahagia untuk kehidupan kami, meskipun ianya suatu proses yang banyak memerlukan pengorbanan, namun kami rela dan ridho.
Hari ini (03/04/2010) isteri ku menyediakan makan malam buat kami anak beranak. Aku tidak pasti kali yang keberapa. Isteriku wanita berkerjaya. Sebagai seorang pensyarah di Politeknik tempatan, dia sememangnya sibuk dengan tugas harian. Tugasnya bermula sesudah solat subuh. Menyediakan anak-anak untuk dihantar ke rumah pengasuh dan nursery. Paginya bermula dengan agak kelam kabut (maklumlah anak-anak kecil susah diurus. Tugasnya tamat hampir jam 5 petang. Oleh kerana nature tugasnya yang hectic, kami lebih gemar untuk tidak memasak. So, after school aku akan keluar lunch dengannya, dan sebelah malam aku akan keluar dan memesan makanan dari restoran-restoran yang beroperasi bagaikan cendawan di sekitar kejiranan kami.
Begitulah rutin harian kami, tetapi malam ini aku nak makan masakan isteriku di rumah, pertama; kerana aku penat nak keluar, kedua; nak save budget, ketiga; masakan dirumah lebih menyihatkan. So malam ni isteri ku akan masak nasi(tgh masak atas dapur), goreng ikan dan ayam, goreng terung & bendi pedas, dan ada sedikit buah geduaq (kerdas: dalam loghat kelantan). Sekali sekala dapat makan masakan dirumah memang enak, tambahan pula jika saudara mara berkunjung. Macam 2,3 hari lepas ipar dan mentua ku datang berziarah. So kami pun masak lebih dari biasa dan makan lebih dari biasa...
Isteriku bukanlah handal memasak, dan dia beruntung kerana dapat aku sebagai suaminya. Kerana aku ni tidak cerewet dalam hal makanan. Namun setiap kali isteri ku memasak, aku akan makan sebagai tanda penghargaan dan memang aku menghargai jasanya membantu menyediakan makanan..."Thanks Sayang"
SO MALAM NI MAKAN NASI DAN BENDI TERUNG PEDAS...

0 comments: